ADAKAH KAU LUPA??


adakah kau lupa??
actually saya terbaca karya ni kt blog sorang ukhti tu...post ni bukanlah hasil asli karya saya pon..just saje je nk copy paste sebab nak kongsi ngan kawan2 sumer..best n bermakna tau ayat2 dalam sajak ni..erk,sajak ke??erm..sajak la kot..huhuu..and sajak ni jugak bleh wat semangat kita naik semula..beselah kita sebagai manusia biasa ni,semangat kadang2 pudar..kadang2 berkobar2 la pulak..maybe this path is difficult,but the final destination is certain...yok hayati sajak ukhti kita ni~^_^
masih ingatkah kalian
di saat kita setuju
bahawa kita adalah LOGAM terpilih??
di saat kita percaya
FAQUHU itu lebih baik daripada FAQIHU
di saat kita mengerti
QALBU itu raja bagi jasad
di saat kita sedar
tujuan KITA diciptakan
IBADAH 51:56 KHALIFAH 2:30
masih segarkah lagi,
graf lakaran seorang ukhti??
di atas garaf itu kita sama-sama berlari
dari bawah ke atas
dari naik ke jatuh
bangun semula lalu jatuh,jatuh...dan jatuh
rahsia semalam kita bongkar
perjuangan RAsulullah kita hayati
semangat Assabiqun Al Awwalun kita jiwai
pengorbanan Tariq dan Utbah kita kagumi
penerokaan ilmu berleluasa
dari ilmu kedoktoran hinggalah ke ilmu muzik
semuanya milik umat Islam
tamadun ISLAM gah menguasai dunia
seakan suatu mimpi 2/3 dunia pernah kita kuasai
itu kenyataan ya ukhti!!
kehilangan Hari ini kita cari
pedih hati masih berbekas
di saat Monggol memusnahkan segalanya
di saat tenterasalib mewarisi segala yang kita ada
Turki Uthmaniyyah mencuba
namun kekuatan barat lebih hebat mengatasi
umat ini kehilangan naungan khilafah
Sultan Abdul Hamid disingkirkan
Mustafa Kamal At-tartuk dalang segala-galanya!
wahai adik,kakak dan sahabat kami
jatuh bangun umat ini berliku laluannya
lahir kita di era jatuhnya
siapa pembela-pembela agama Allah??
siapa pewaris jiwa Salahuddin Al-Ayubi??
siapa gerangan pengganti tentera-tentera Al Fateh??
ya ukhti,
dirimu kini bernafas sebagai seorang muslim
atas darah dan perjuangan terdahulu
lantas,adakah kau sanggup berpeluk tubuh
berbangga dengan Islam warisan
tanpa memahaminya dengan hati
ingatkah lagi
saat kita bersama-sama
setuju untuk melakukannya
memartabat kembali agama ini
Individu Muslim ke Ustaziyatul Alam
ayuh ukhtiku,
kita genggam tangan semuanya
jangan ada yang tercicir
bukankah kita mahu bersama-sama
melangkah ke syurga sana??
::YUMAKO MATSUKI::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

:: Followers ::