ADA APA DENGAN PUASA??


~PUASA MENURUT SAINS~


Puasa adalah menhan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari(maghrib).Dari aspek fisiologi dan kesihatan,puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.


Puasa belum bermula dari segi kimianya,sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga.Puasa boleh berterusan sehingga karbohidrat dan lemak dalam badan kita tidak dapat digunakan sebagai sumber tenaga.


Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak,protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga.Pada ketika ini ianya tidak disebut sebagai puasa,tetapi kebuluran.


~ANTARA ADVANTAGES PUASA~


1) DETOKSIFIKASI

Proses detoksifikasi ialah proses normal dalam badan untuk membuang,menyingkirkan,atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar,hati,buah pinggang,paru-paru,saluran limpa dan juga kulit.Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk ke dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.Bayangkan kalo dalam setahun,selama 11 bulan,berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita??hahahaa...^_^


2)PROSES PENYEMBUHAN

Semasa berpuasa,penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan,usus untuk mencerna makanan(disebabkan pengurangan penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.

Dalam berpuasa,perkara ini berlaku secara terancang.Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik.Puasa membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.


3)PROSES REJUVENASI/MEMPERMUDA

Proses metabolisme yang rendah,penghasilan protein yang efektif,sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenasi ini seterusnya menyebabkan jangka hayat yang lebih baik.Hormon antipenuaan juga bertambah penghasilannya semasa berpuasa


4)MENINGKATKAN KETAJAMAN MENTAL

Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam aliran darah,kemampuan berfikir akan menjadi lebih tinggi.Apabila kita makan,banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus untuk proses penghadaman.Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus,ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir.Yang saya tulis ni hanyalah sekadar pengetahuan umum..kalo nak lebih detail lagi,tanyelah sendri pada yg pakar or student medic kita..huhuu


Nah,siapa kata puasa memenatkan dan tiada manfaat??Sesungguhnya setiap apa yang diperintahkan Allah itu ada hikmah nya..Dan Dialah Yang Maha Mengetahui segalanya..Beruntunglah kita sebagai muslim kerana diwajibkan berpuasa dalam bulan Ramadhan..tubuh badan sihat,pahala amalan pula berlipat ganda.Bagi perempuan muslim pula,jgn lupa ganti puasa..Ramadhan dah nak dekat ni..sekadar peringatan untuk si penulis ni jugak..huhuu..^_^


::YUMAKO MATSUKI::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

:: Followers ::