gudluck semua!!


alhamdulillah..akhirnya kelas start jugak setelah sekian lama kitorang tunggu-tunggu.Semoga fasal ni lebih baik dari fasal lepas.Korang yang tengah baca ni doa-doa la ye..doakan kitorang kuat-kuat belajar sambil menempuhi musim panas yang boleh cecah 40 darjah celcius..aduhhh..panas giler..takpe2..nak berjaya kena tahan semuanya..

ok..

chaiyok sume orang..

''Allahumma ja'alna minan naajihin wal faizin"

p.s-mintak-mintak esok janganla tukar kelas lagi,patah pinggang aku nak cari..huhuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyum..:)

diriwayatkan suatu hari..baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam..menikmati hidangan bersama menantunya Saidina Ali radiallah anhu..

sebaik selesai menikmati hidangan tersebut..kelihatan beberapa biji buah kurma di pinggan Rasulullah dan Saidina ali..

apabila Saidina Ali terpandang keadaan itu..

lalu..

Saidina Ali meletakkan biji kurma di pinggannya di pinggan Rasululullah lalu berkata..

"Ya Rasulullah,banyak sungguh kau makan sehingga banyak sekali biji-biji kurma di pinggan mu,"kata Saidina Ali dengan tujuan untuk bergurau bersama kekasih Allah itu.

lalu kata Rasulullah..

"Ya Ali,kau yang lebih banyak makan dari aku sehingga habis biji-biji kurma di pingganmu,"jawab Rasulullah sehingga menyebabkan ketawanya Ali tatkala dia mendengar jawapan mentuanya itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAIRAN DENGAN MANUSIA....


Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini sebanyak 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang gelak ketawa.Maka berkata Izrail; Alangkah hairannya aku melihat orang ini,sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya,tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa..."
Sekadar membuatkan kita berfikir sejenak....renung-renugkan,dan selamat beramal~..^_^
::YUMAKO MATSUKI::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADA APA DENGAN PUASA??


~PUASA MENURUT SAINS~


Puasa adalah menhan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari(maghrib).Dari aspek fisiologi dan kesihatan,puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.


Puasa belum bermula dari segi kimianya,sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga.Puasa boleh berterusan sehingga karbohidrat dan lemak dalam badan kita tidak dapat digunakan sebagai sumber tenaga.


Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak,protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga.Pada ketika ini ianya tidak disebut sebagai puasa,tetapi kebuluran.


~ANTARA ADVANTAGES PUASA~


1) DETOKSIFIKASI

Proses detoksifikasi ialah proses normal dalam badan untuk membuang,menyingkirkan,atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar,hati,buah pinggang,paru-paru,saluran limpa dan juga kulit.Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk ke dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.Bayangkan kalo dalam setahun,selama 11 bulan,berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita??hahahaa...^_^


2)PROSES PENYEMBUHAN

Semasa berpuasa,penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan,usus untuk mencerna makanan(disebabkan pengurangan penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.

Dalam berpuasa,perkara ini berlaku secara terancang.Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik.Puasa membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.


3)PROSES REJUVENASI/MEMPERMUDA

Proses metabolisme yang rendah,penghasilan protein yang efektif,sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenasi ini seterusnya menyebabkan jangka hayat yang lebih baik.Hormon antipenuaan juga bertambah penghasilannya semasa berpuasa


4)MENINGKATKAN KETAJAMAN MENTAL

Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam aliran darah,kemampuan berfikir akan menjadi lebih tinggi.Apabila kita makan,banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus untuk proses penghadaman.Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus,ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir.Yang saya tulis ni hanyalah sekadar pengetahuan umum..kalo nak lebih detail lagi,tanyelah sendri pada yg pakar or student medic kita..huhuu


Nah,siapa kata puasa memenatkan dan tiada manfaat??Sesungguhnya setiap apa yang diperintahkan Allah itu ada hikmah nya..Dan Dialah Yang Maha Mengetahui segalanya..Beruntunglah kita sebagai muslim kerana diwajibkan berpuasa dalam bulan Ramadhan..tubuh badan sihat,pahala amalan pula berlipat ganda.Bagi perempuan muslim pula,jgn lupa ganti puasa..Ramadhan dah nak dekat ni..sekadar peringatan untuk si penulis ni jugak..huhuu..^_^


::YUMAKO MATSUKI::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SIJJIN AND 'ILLIYYIN

~AFRAID TO READ~
how many words she's read before
she's consumed two thousand books or more
musty pulp and glue soundproof her tiny room
she cannot understand why this book in her hand
fascinates her now so much that she's almost shy to touch
"don't think about the words it's just a bookpaper and ink"
she reaffirms ,remind herself
"a book can't dictate what to think"
it invite,intrigues her more than others on her shelf
"is it just another book??"
she sits questioning herself
oh Allah,she's so afraid to read
the wisdom that's revealed may burrow her in mind
she'll be obliged to admit,she'll be obliged to submit
but will she be strong enough to live the truth she finds??
oh Allah,she's so afraid to read
the hall light is always on every night that he is gone
he hears his mother toss in bed when he slips in at dawn
in the book case by the stair,he can see it sitting there
like a waiting watchful wise-man scolding him with care
in the morning will they fight about him being out all night?
will he reset their gift of love and not admit that they are right?
all he wants is to fit in some place,but must he compromise his faith?
he can't look himself or his parents in the face
he takes the book upstairs unread and sets it closed next to his head
then counts the prayers he's missed and lays so hopelessly in his bed
oh Allah,he's so afraid to read
the wisdom that's revealed may burrow in his mind
he'll be obliged to admit,he'll be obliged to submit
but will he be strong enough to live the truth he finds??
oh Allah,he's so afraid to read
i sent an email to my loved one,just another day
it's sad communication has evolved this way
we use so many words but have so little to relay
as angles scribble down every letter what we say
all the viral attachments sent and passionate insults we vent
it's easy to be arrogant behind user password we invent
but on the day the scrolls are laid,with every word and deed displayed,
when we read our accounts,I know,for one,I'll be afraid
that day I'll be so afraid to read
every harsh words that I've spoken-and everytime I've lied
I'll be obliged to admit
I'll be obliged to submit
will I have strength owning up to each deed I've tried to hide??
oh Allah,I'm so afraid to read...
tahukah anda buku apekah yg takut untuk dibaca dalam citer kt atas ni??it is SIJJIN..iaitu buku catatan amal kejahatan manusia..dan sesungguhnya setiap manusia semua mempunyai dua buku di sisi kita semua..iaitu SIJJIN and 'ILLIYYIN(buku catatan amal kebaikan)..actuallay,kat atas tu lirik lagu..hehee..lagu AFRAID TO READ ni kire mcm jalan citer tentang keadaan manusia yang nescaya akan berasa takut,resah,gerun and whatever lah kan bila kita semua baca buku SIJJIN masing2..mane tak nye,confirm la cuak kalo kite tahu yang perbuatan jahat kite ade org tahu,perhati and catat plak tuh...actually,kita semua dari kecik lagi dah diajar or dibagitahu oleh ustz ustaah kita pasal wujudnya buku catatan amal ni..tapi,makin lama bila dah kian dewasa ni,mcm dah lupa pulak yang setiap amal perbuatan kita ni ada "orang" catat..so,let's muhasabah balik diri kita and berusaha sedaya upaya untuk membrsihkan buku rekod amalan kita kat dunia ni..and memenuhkan buku 'Illiyyin kita..so thats kita xdelah cuak or afraid to read our own SIJJIN,insyaAllah...
".......sesungguhnya catatanorang yang derhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin.Dan tahukah engkau apakah itu Sijjin??Iaitu kitab yang terisi catatan amal (kejahatan)"
[Mutaffifin:7-9]
"......truly,the record of the wicked is Sijjin.And what will make you know what Sijjin is??A register inscribed"
[Mutaffifin:7-9]
"......sesungguhnya catatan orang yang berbakti benar-benar tersimpan dalam 'Illiyyin.Dan tahukah engkau apakah itu 'Illiyyin??Iaitu kitab yang terisi catatan amal(kebaikan)"
[Mutaffifin:18-20]
".......verily,the record of Al-Abrar(the righteous beleivers) is preserved in 'Illiyyin..And what will make you know what is 'Illiyyin is?A register inscribed"
[Mutaffifin:18-20]
::YUMAKO MATSUKI::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADAKAH KAU LUPA??


adakah kau lupa??
actually saya terbaca karya ni kt blog sorang ukhti tu...post ni bukanlah hasil asli karya saya pon..just saje je nk copy paste sebab nak kongsi ngan kawan2 sumer..best n bermakna tau ayat2 dalam sajak ni..erk,sajak ke??erm..sajak la kot..huhuu..and sajak ni jugak bleh wat semangat kita naik semula..beselah kita sebagai manusia biasa ni,semangat kadang2 pudar..kadang2 berkobar2 la pulak..maybe this path is difficult,but the final destination is certain...yok hayati sajak ukhti kita ni~^_^
masih ingatkah kalian
di saat kita setuju
bahawa kita adalah LOGAM terpilih??
di saat kita percaya
FAQUHU itu lebih baik daripada FAQIHU
di saat kita mengerti
QALBU itu raja bagi jasad
di saat kita sedar
tujuan KITA diciptakan
IBADAH 51:56 KHALIFAH 2:30
masih segarkah lagi,
graf lakaran seorang ukhti??
di atas garaf itu kita sama-sama berlari
dari bawah ke atas
dari naik ke jatuh
bangun semula lalu jatuh,jatuh...dan jatuh
rahsia semalam kita bongkar
perjuangan RAsulullah kita hayati
semangat Assabiqun Al Awwalun kita jiwai
pengorbanan Tariq dan Utbah kita kagumi
penerokaan ilmu berleluasa
dari ilmu kedoktoran hinggalah ke ilmu muzik
semuanya milik umat Islam
tamadun ISLAM gah menguasai dunia
seakan suatu mimpi 2/3 dunia pernah kita kuasai
itu kenyataan ya ukhti!!
kehilangan Hari ini kita cari
pedih hati masih berbekas
di saat Monggol memusnahkan segalanya
di saat tenterasalib mewarisi segala yang kita ada
Turki Uthmaniyyah mencuba
namun kekuatan barat lebih hebat mengatasi
umat ini kehilangan naungan khilafah
Sultan Abdul Hamid disingkirkan
Mustafa Kamal At-tartuk dalang segala-galanya!
wahai adik,kakak dan sahabat kami
jatuh bangun umat ini berliku laluannya
lahir kita di era jatuhnya
siapa pembela-pembela agama Allah??
siapa pewaris jiwa Salahuddin Al-Ayubi??
siapa gerangan pengganti tentera-tentera Al Fateh??
ya ukhti,
dirimu kini bernafas sebagai seorang muslim
atas darah dan perjuangan terdahulu
lantas,adakah kau sanggup berpeluk tubuh
berbangga dengan Islam warisan
tanpa memahaminya dengan hati
ingatkah lagi
saat kita bersama-sama
setuju untuk melakukannya
memartabat kembali agama ini
Individu Muslim ke Ustaziyatul Alam
ayuh ukhtiku,
kita genggam tangan semuanya
jangan ada yang tercicir
bukankah kita mahu bersama-sama
melangkah ke syurga sana??
::YUMAKO MATSUKI::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Followers ::