Pusat Dakwah Islam Paroi-SEREMBAN
waktu itu,usiaku baru 17. masih anak-anak. punya ramai kawan. begitu riang hadapi hidup.
suatu hari,di dewan program,aku duduk di kerusi belakang,mesyuarat persatuan. kate temanku di hadapan,kita di pentas hidup umpama pemain di padang bola.jadi,bagaiman kita bermain bola tetapi gawangnya tak ada? aku menjawab sendiri,tak mengapa barangkali.bukan salah kalau kita saja-saja menyepak bola dan berlari-lari.
tapi,bermain dalam sebuah pasukan,setelah berlatih sekian macam kemahiran.....rupanya kita bertemu pihak lawan di padang tanpa gawang. maka,apa ertinya letih dan peluh yang tertumpah untuk sekian masa?? sia-sia. ya,kata temanku,itu sia-sia.
begitulah hidup. kita tidak sendirian. berkeluarga,bermasyarakat,berpersatuan. lalu untuk apa semuanya?? kita berkeluarga dan bermasyarakat sekadar untuk bangun tidur mengucapkan selamat pagi,keluar bekerja mencari rezeki,berbual-bual bercerita,makan-makan bersama,berhibur menghilangkan kebosanan,dan tidur dengan aman....sebelum esoknya rutin semalam diulang semula.hidup tanpa matlamat akhir yang jelas,tidak sia-siakah??
aku diam memikir-mikir. hidup itu apa?? memang seperti main bolakah?? punya gawang segala. punya pasukan dan strategi. punya latihan dan perlawanan. berfikir lagi. bahkan,tentulah hidup lebih besar dari bermain bola sepak.
Bangunan Jabatan Penuntut Malaysia-AMMAN
usiaku sudah hampir 20. di sebuah dewan,masih mesyuarat persatuan. masih duduk di kerusi belakang. kata pemimpin di hadapan,suatu aliran yang tidak mampu untuk berubah akan mengalami kepupusan,dan sesungguhnya persatuan kita sedang menuju keputusan itu. aku diam di kerusi,sesungguhnya hal itu telah lama aku sedari.
katanya,persatuan kita sedang bermasalah,kerana semakin ramai ahli-ahlinya tidak ada idealisme perjuangan,seperti aku barangkali.dan manusia yang tidak ada perjuangan akan lemah dan mati.maka katanya,kita perlu perbaharui halatuju perjuangan kita.halatuju persatuan kita. supaya kita boleh bangkit dari tidur panjang.
dan katanya lagi,perjuangan bangsa yang telah terlalu sinonim dengan persatuan kita akan tenggelam dalam pembaharuan halatuju ini. pembaharuan ini adalah pemurnian,agar kita kembali kepada yang haq, aku diam lagi. merenung wajah pemimpin itu bersungguh-sungguh, mencari keikhlasan.
akan ada kah lagi pemimpin seperti zaman itu. suatu zaman yang Tuhan rahmati. suatu zaman manusia-manusia dipimpin oleh keadilan dan kerahmatan.
akan adakah khalid-al-walid yang menghantar berita kepada maharaja rom,
"aku datang kepada kamu dengan satu pasukan yang mana mereka itu mencintai mati sebagaimana kamu mencintai hidup.."
akan ada kah lagi?? di kuala lumpur,di tengah kemelut perkauman, dan kegilaan manusia mempertuhankan pangkat dan harta. aku tidak pasti. sungguh-sungguh,aku tidak pasti. yang aku pegang cuma bait-bait katanya ini,
"jika Islam selamat di Malaysia,Melayu akan selamat. tetapi jika Melayu selamat,belum tentulah Islam selamat. dan sesungguhnya Islam itu lebih besar dari Melayu..."
-16 julai 2009-
. . . . .
hedonisme dan sekularisme,ahhh...aku fikir itu sama sakitnya dengan raja yang buta dan tuli..
p/s:aku pon tak tau lah ape aku merepek ni..huhuu..menahan mata dari tertido...cepatlah azan subuh!!!^___^
SESUNGGUHNYA ISLAM ITU LEBIH BESAR DARI MELAYU...
::YUMAKO MATSUKI::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tidak kira,siapa tidak kira di mana...
islam itu satu kan dear?
dan kita semua bersaudara...
semua berperanan sebagai pelaksana,pendengar,pemerhati,dan apa-apa sahaja...
tepuk dada,tanya iman;
siapa aku?
apa seharusnya tindakanku?
berdiam diri sahaja kah?
atau lantang bersuara tanpa tujuan?
berfikir itu menajamkan minda ^_~
al-islam huwal hal :)
fuh..perkara pertama ketika sy menaip entry ini..sy merasakan tiada sebarang komen akan datang bertandang..memandangkan sy pon x berapa nak faham kenape sy menaip entry in..hahaaa..
rupa-rupanya..adik n kakak sy ni berjaya memberi reson yg +ve..thanx~
actually,mata sangat2 ngantok time taip entry ni..so,mmg dh x kesah pon sama ada jln citer entry sy ni menarik ato pon busan utk dibaca..hahahaa..
p's:betul kate ifah..berfikir itu menajamkan minda..dan mampu menahan mata dari terus tertido sedangkan azan subuh x lame je lg..hohoho0ho0~
Post a Comment